Rozaimi mahu balas jasa TMJ

Astro Arena
Januari 15, 2016 08:00 MYT
Rozaimi berazam kembali ke prestasi asal. - Gambar fail
PEMAIN baharu Johor Darul Takzim (JDT) Rozaimi Abdul Rahman tekad bantu skuad selatan tanah air itu merangkul kejuaraan sebanyak mungkin.
Rozaimi yang terlibat dalam kontroversi perpindahan bersama kelab lamanya Sabah, berazam kembali ke prestasi asal.
Ia dilihat sebagai langkah membalas jasa Tunku Mahkota Johor yang sudi membantu proses pemulihan kecederaan panjangnya ekoran kemalangan.
Difahamkan, ia turut menjadi faktor Rozaimi mengejutkan bola sepak Malaysia apabila menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama JDT walaupun sebelum itu hampir pasti kekal bersama Sabah.
"Saya cukup gembira bersama kelab yang begitu profesional dalam pelbagai aspek terutamanya melibatkan pengurusan.
JDT sebuah kelab yang harus dicontohi mana-mana pasukan yang mahu merangkul kejuaraan jangka masa panjang," jelasnya menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.
#JDT #Johor #Rozaimi Abdul Rahman #TMJ #Tunku Mahkota Johor
;