WAYNE Rooney memberi isyarat bahawa dia ingin kekal mengemudi Derby County dalam saingan Liga Satu dan berbangga dengan pasukannya walaupun mereka sah tergelincir ke divisyen ketiga.
The Rams akan beraksi di peringkat bawahan itu buat kali pertama sejak musim 1985-86 selepas tewas 0-1 kepada Queens Park Rangers (QPR) di Loftus Road, hujung minggu lalu.
Derby bernasib malang apabila dipotong sejumlah 21 mata musim ini -– 12 mata kerana memasuki pentadbiran pada September lalu serta sembilan mata lagi kerana melanggar peraturan kewangan Liga Bola Sepak di bawah bekas pemilik, Mel Morris -– dan masih gagal mengatasi halangan besar itu walaupun menghasilkan keputusan memberangsangkan di atas padang.
Ditanya mengenai tanggapan awalnya selepas penyingkiran itu disahkan, bekas kapten Manchester United dan England tersebut tetap berbangga dengan usaha anak buahnya sambil menekankan betapa pentingnya pengambilalihan kelab berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Saya bangga,” katanya kepada Sky Sports.
“Ia satu perasaan yang pelik berdasarkan segala yang telah kami lalui sebagai satu kumpulan, baik pemain di atas padang, kakitangan mahupun peminat, perkembangan pasukan sangat positif.
"Ya, kami telah tersingkir tetapi saya tidak pernah melihat sebarang penurunan dan mendapat reaksi menarik daripada peminat. Saya fikir sokongan yang diberikan penyokong kepada pemain sepanjang musim luar biasa.
"Sudah tentu, saya kecewa, sedih, terkilan, tetapi bangga. Di sudut yang lain, kami berdepan segala yang terjadi dan mula membina semula kelab dan cuba memajukan kelab ini.
"Kami memerlukan pengambilalihan untuk berlaku, ia perlu berlaku dengan pantas. Lebih segera ia berlaku, lebih cepat kami boleh mula membangunkan pasukan dan membawa masuk pemain yang boleh melonjakkan kami kembali."
Astro Arena
Tue Apr 19 2022
![Rooney sudi kemudi Derby dalam divisyen ketiga Rooney sudi kemudi Derby dalam divisyen ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650341517_TBWAYNEROONEY.jpg)
Wayne Rooney menghadiahkan tepukan kepada penyokong pasukannya di Stadium Kiyan Prince Foundation, London, 18 Apr 2022. (Foto AP)
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Plymouth Argyle pecat Wayne Rooney Plymouth Argyle pecat Wayne Rooney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735679306_WayneRooney.jpg)
Plymouth Argyle pecat Wayne Rooney
Plymouth Argyle boleh mengesahkan bahawa kelab dan Ketua Jurulatih Wayne Rooney telah bersetuju untuk berpisah berkuat kuasa serta-merta.
![Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716686996_WayneRooney.jpg)
Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney
Rooney menggantikan Ian Foster yang dipecat pada April selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.
![Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara... Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712116716_TBmesutoziljpg.jpg)
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
![Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697168878_WayneRooney.jpg)
Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL
Rooney menegaskan bahawa dia bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pengurus Birmingham dalam misi membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris.
![Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697076183_Championship.jpg)
Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham
Bekas kapten England itu menggantikan John Eustace yang dipecat selepas meninggalkan DC United minggu lalu.
![MLS: Wayne Rooney sambut Lionel Messi dengan tangan terbuka MLS: Wayne Rooney sambut Lionel Messi dengan tangan terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686277659_WayneRooney.jpg)
MLS: Wayne Rooney sambut Lionel Messi dengan tangan terbuka
Usaha memancing Messi seorang pemain terhebat ke MLS adalah hebat, kata Rooney.
![Rooney label Harry Kane sebagai penyerang terbaik England Rooney label Harry Kane sebagai penyerang terbaik England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679706841_TBEuro.jpg)
Rooney label Harry Kane sebagai penyerang terbaik England
Kane menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-54 ketika England memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan kemenangan ke atas Itali.
![Rooney tidak terkejut Man United tamat kontrak Ronaldo Rooney tidak terkejut Man United tamat kontrak Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669168529_CristianoRonaldo.jpg)
Rooney tidak terkejut Man United tamat kontrak Ronaldo
Wayne Rooney tidak terkejut dengan keputusan Manchester United untuk berpisah dengan Cristiano Ronaldo, berkata kelab itu 'tiada pilihan lain'.
![Wayne Rooney didorong cemburu - Cristiano Ronaldo Wayne Rooney didorong cemburu - Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668394830_TBcristiano.jpg)
Wayne Rooney didorong cemburu - Cristiano Ronaldo
Rooney berkata, tingkah laku Ronaldo tidak boleh diterima dan dia telah menimbulkan kekacauan.
![Piala Dunia Qatar: Rooney yakin Kane mampu pecah rekod penjaring terbanyak England Piala Dunia Qatar: Rooney yakin Kane mampu pecah rekod penjaring terbanyak England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661733935_TBHarryKane.jpg)
Piala Dunia Qatar: Rooney yakin Kane mampu pecah rekod penjaring terbanyak England
Kane menuju ke kejohanan itu dengan 51 gol untuk Three Lions, ketinggalan dua di belakang rekod Rooney.