Rooney sah ke DC United
Agensi
Jun 30, 2018 16:28 MYT
Jun 30, 2018 16:28 MYT
PENYERANG Everton, Wayne Rooney mengikat kontrak selama tiga tahun setengah bersama kelab Major League Soccer, DC United.
Namun bekas kapten Manchester United itu belum boleh beraksi bersama pasukan baharunya sehingga pasaran perpindahan dibuka pada 10 Julai ini.
Menurut laporan media tempatan, DC United sudah mencapai persetujuan untuk membayar yuran buat penyerang berusia 32 tahun itu bernilai 10 juta pound yang merupakan bayaran tertinggi dalam sejarah pasukan itu.
Everton dan DC United membuat pengumuman berkenaan perpindahan secara serentak pada petang Khamis.
Rooney bakal membuat penampilan sulungnya selepas stadium baharu, Audi Field siap dibina yang boleh memuatkan seramai 20,000 penonton pada 14 Julai akan datang.
"Berpindah ke Amerika dan MLS merupakan kerjaya saya yang lain," katanya.
"Saya mempunyai impian untuk berjaya di sini dan akan memberi DC seratus peratus seperti yang saya lakukan untuk setiap pasukan yang pernah saya sertai.
Bekas kapten England dan Manchester United itu meninggalkan Liga Perdana sebagai penjaring gol terbanyak dengan 208 gol.