Rondon ke Newcastle, tukar tempat dengan Gayle

Astro Awani
Ogos 6, 2018 23:49 MYT
Rondon adalah pemain keenam disenarai Newcastle untuk perpindahan kali ini. - Gambar fail
NEWCASTLE United melengkapkan perjanjian bagi meminjam Salomon Rondon dari West Bromwich untuk satu musim.
Sebahagian perjanjian menyaksikan pertukaran pemain Newscastle, Dwight Gayle, ke West Bromwich.
Rondon, 28 tahun, adalah pemain keenam disenarai Newcastle untuk perpindahan kali ini.
Pemain warga Venezuela ini membantu pasukannya keluar dari zon penyingkiran sebelum ini.
Manakala Gayle, membantu Newscastle menamatkan saingan musim lalu di tangga ke-10.
#bola sepak #Dwight Gayle #Newcastle United #perjanjian #perpindahan #pertukaran #Salomon Rondon #West Bromwich