Ronda Rousey akui pernah terlintas untuk membunuh diri

Astro Arena
Februari 18, 2016 12:00 MYT
Rousey pernah terfikir untuk mengakhiri nyawanya sendiri selepas tewas kepada Holm. - Gambar fail
Bintang Hollywood dan juga jaguh sukan bela diri campuran (MMA) Ronda Rousey akui pernah terfikir untuk membunuh diri selepas tewas buat kali pertama dalam gelanggang UFC kepada Holly Holm di Melbourne, Australia tahun lepas.
Rousey merupakan bintang MMA dan sering membuat kemunculan dalam beberapa filem antaranya Expendables 3, Fast and Furious 7 dan Entourage.
Namun kekalahan kepada Holm dalam acara utama UFC 193 pada November 2015 ternyata terlalu berat untuk diterima walaupun itu adalah kekalahan pertama Rousey dalam kariernya.
"Secara jujurnya, saya duduk di penjuru bilik dan berfikir untuk membunuh diri selepas kekalahan itu.
"Saya sedar tiada siapa akan mengambil peduli tentang saya selepas ini," akui Rousey ketika sesi wawancara bersama pengacara program bual bicara Ellen DeGeneres.
Namun kehadiran temannya yang juga artis MMA, Travis Browne, memberikan Rousey semangat untuk kembali memperkuatkan dirinya untuk merampas kembali takhta UFC dari Holm.
VIDEO: Holly Holm rampas gelaran Ronda Rousey
BACA: Ronda Rousey terpaksa terima hakikat dirinya tidak kebal
#bunuh diri #Holly Holm #jaguh MMA #Ronda Rousey
;