Ronaldo tuntut Juventus bayar tunggakan gaji RM99.5 juta

Sinar Harian
September 17, 2023 12:20 MYT
Ronaldo meninggalkan Juventus pada Ogos 2021 untuk berhijrah ke Manchester United sebelum ditamatkan kontraknya akhir musim lalu. - Gambar fail/Stadium Astro
BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu.
Kapten Portugal itu menuntut 17.15 juta pound (RM99.5 juta) seperti yang dijanjikan kelab apabila dia bersetuju menangguhkan gajinya semasa perintah berkurung.
Para pemain Juventus yang lain turut bersetuju menangguhkan pembayaran gaji mereka sehingga empat bulan ketika pandemik bagi membantu kelab yang bergelut dengan masalah kewangan.
Pemain berusia 38 tahun itu yang ketika ini bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, mahu menuntut wang tersebut dan meminta dokumen berkaitan daripada pejabat Pendakwaraya Awam Turin.
Ronaldo meninggalkan Juventus pada Ogos 2021 untuk berhijrah ke Manchester United sebelum ditamatkan kontraknya akhir musim lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#Cristiano Ronaldo #Juventus #gaji tertunggak #COVID-19
;