Ronaldo selamatkan maruah United di Old Trafford

Astro Arena
April 29, 2022 01:20 MYT
Ronaldo menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Chelsea di Stadium Old Trafford, Manchester, England, 28 Apr 2022. (Foto AP)
CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol penyamaan untuk menyelamatkan Manchester United daripada kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka seri 1-1 di laman sendiri menentang Chelsea awal pagi tadi.
Skuad kendalian Ralf Rangnick itu tewas dua perlawanan sebelum ini kepada Liverpool dan Arsenal dengan agregat 7-1 dan sementara prestasi mereka kembali ke Old Trafford tidak bermakna, mereka sekurang-kurangnya mengelak satu lagi kekalahan.
Walaupun persembahan suram pada separuh masa pertama di mana bahagian tengah mereka kerap diberikan asakan, United entah bagaimana berjaya menamatkan 45 minit pertama tanpa bolos, walaupun jaringan Chelsea tiba melalui Marcos Alonso selepas permainan melewati satu jam.
Tetapi Ronaldo -- yang telah bertanggungjawab untuk lima daripada enam gol EPL mereka bulan ini -- dengan pantas memulihkan keseimbangan terhadap permainan dan anak buah Thomas Tuchel mencari jalan untuk memenangi perlawanan sehingga tamat perlawanan.
#Cristiano Ronaldo #EPL #Manchester United #Chelsea