Ronaldo sasar peranan kejurulatihan Man United selepas bersara
Astro Arena
September 26, 2021 05:56 MYT
September 26, 2021 05:56 MYT
CRISTIANO Ronaldo tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan bola sepak walaupun memiliki karier yang cukup panjang dan penuh dengan kejayaan.
Tetapi pemain berusia 36 tahun itu masih lagi memiliki perancangan sebaik dia mengambil keputusan untuk bersara.
Kerjaya kejurulatihan di Manchester dipercayai menjadi sasarannya.
Cristiano Ronaldo mahu kekal di Manchester United walaupun setelah mengambil keputusan untuk bersara, menurut The Sun.
Ronaldo kembali ke United buat kali kedua selepas meninggalkan Juventus sebelum tamat jendela perpindahan, selepas meninggalkan Old Trafford pada 2009.
Pemain berusia 36 itu bagaimanapun sudah memiliki perancangan selepas meninggalkan bola sepak apabila menyasarkan untuk mengambil perancangan dalam bidang kejurulatih pasukan muda United untuk mengendalikan anaknya, Cristiano Jr.