Ronaldo penyerang prolifik merentasi lima liga utama Eropah

Astro Arena
Mei 18, 2017 09:52 MYT
Kini mencecah usia 32 tahun, Ronaldo langsung tidak membiarkan umur menjadi penghalang apabila dua golnya berdepan Celta merupakan yang ke-283 dalam 264 penampilan. - Reuters / Miguel Vidal
CRISTIANO Ronaldo telah mengatasi Jimmy Greaves sebagai pemain paling prolifik di pentas liga Eropah selepas meledak gol ke-367 buat Real Madrid, awal pagi tadi.
Ronaldo membantu Real mengatasi Celta Vigo 4-1 dalam saingan LaLiga sekaligus meletakkan skuad kendalian Zinedine Zidane kurang satu mata daripada merasai kejayaan domestik.
Selepas berhijrah ke England daripada Sporting Lisbon, Ronaldo membintangi Manchester United dan berjaya menyumbang 84 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Kini mencecah usia 32 tahun, Ronaldo langsung tidak membiarkan umur menjadi penghalang apabila dua golnya berdepan Celta merupakan yang ke-283 dalam 264 penampilan.
Penyandang anugerah Ballon d'Or itu turut merasai prestasi terbaiknya memasuki hujung musim -- dengan gol di Balaidos merupakan yang ke-12 selepas lapan perlawanan sekaligus mengatasi rekod Greaves.
Greaves -- bekas penyerang Tottenham, Chelsea, AC Milan dan West Ham United itu merupakan pemain bintang pada era 50an dan 60an dan telah pun memegang rekod itu sejak 1971.
#Cristiano Ronaldo #Jimmy Greaves #penyerang #Real Madrid
;