Ronaldo jadi inspirasi Rashford
Astro Arena
Jun 23, 2018 12:11 MYT
Jun 23, 2018 12:11 MYT
Marcus Rashford mengekalkan tumpuannya terhadap Cristiano Ronaldo dalam Piala Dunia ini apabila dia mahu meniru bintang Portugal berkenaan.
Penyerang Manchester United itu mungkin beraksi bersama England untuk menentang Panama dalam perlawanan kedua Kumpulan G, esok, apabila skuad The Three Lions mahu mempertajamkan serangan mereka dalam usaha melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Rashford, 20, memberi impak dalam aksi pemanas badan England bertemu Costa Rica dengan menjaringkan gol ketika menjadi pemain terbaik perlawanan, dan bintang muda itu berharap mendapat inspirasi daripada persembahan Ronaldo.
"Saya mungkin mengatakan Ronaldo membuat saya teruja dalam kejohanan ini," katanya.
"Ia (Portugal lwn Sepanyol) adalah perlawanan terbaik kerana dia terus mencipta saat-saat luar biasa dan tiada pemain yang mempunyai motivasi yang baik berbandingnya.
"Sama ada gayanya, atau jaringannya, semua mata tertumpu kepada Ronaldo di Russia," ujarnya.
Rashford juga mengaku cuba meniru teknik tendangan percuma yang terkenal dengan pemenang lima kali Ballon d'Or itu.
"Saya pergi ke tempat latihan, melakukan sepakan percuma yang sama (ketika menentang Sepanyol) dan mencuba (melakukan perkara sama)," katanya.
"Keyakinan di wajahnya -- dia tunjuk keazaman dan dia kelihatan pasti akan menjaringkan gol. Ini adalah peringkat di mana ia paling tertekan dan dia menganggap seperti tiada apa-apa berlaku.
"Adakah dia pemain terbaik di dunia? Saya akan mengatakan begitu, dia tidak hanya mengekalkannya tetapi dia terus melakukan lebih baik. Untuk mencapai tahap itu, ia mengambil masa bertahun-tahun dengan membuat latihan setiap hari.
"Pada asasnya tiada apa yang boleh menghalangnya dalam perlawanan dan itulah mentalitinya."
#bola sepak
#Cristiano Ronaldo
#England
#Kumpulan G
#Manchester United
#Marcus Rashford
#Panama
#Piala Dunia
#Portugal