Ronaldo berhak luangkan masa bersama keluarga - Pepe
Astro Arena
Julai 1, 2017 11:57 MYT
Julai 1, 2017 11:57 MYT
PEMAIN pertahanan Portugal, Pepe, mempertahankan tindakan ketua pasukan, Cristiano Ronaldo, meninggalkan kem pasukan dalam saingan Piala Konfederasi untuk menyambut kelahiran bayi kembarnya.
Ronaldo beraksi dalam kesemua empat perlawanan Portugal dalam kejohanan dan menjaringkan dua gol sebelum juara Eropah itu tewas 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi separuh akhir menentang Chile.
“Ronaldo adalah kapten kami.
"Menjadi seorang bapa adalah anugerah terhebat daripada Tuhan.
“Sebagai seorang ayah, saya turut gembira untuknya dan saya tahu ia adalah salah satu perkara terindah dalam kehidupan,” kata Pepe.
Pepe digantung daripada beraksi ketika menentang Chile namun dijangka beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Mexico.
Dalam pertemuan sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 2-2 dan Mexico adalah satu-satunya pasukan yang berjaya membolosi gawang Portugal di dalam kejohanan.