Ronaldo akhiri kemarau gol, United kembali temui rentak kemenangan

Astro Arena
Februari 16, 2022 11:57 MYT
Ronaldo menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa jaringan apabila memecah kebuntuan pada minit ke-51. - Foto Astro Arena
CRISTIANO Ronaldo dan Bruno Fernandes menjaringkan gol ketika Manchester United menewaskan Brighton and Hove Albion yang beraksi dengan 10 pemain dalam kemenangan 2-0 di Old Trafford pagi ini.
Kemenangan itu menyaksikan The Red Devils kembali menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) ihsan dua gol pada separuh masa kedua daripada dua bintang Portugal itu.
Ronaldo menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa jaringan apabila memecah kebuntuan pada minit ke-51, sejurus sebelum Lewis Dunk dilayangkan kad merah.
Dan Fernandes memastikan United tidak lagi keciciran mata mata berikutan serangan balas dalam masa kecederaan ketika pasukan pelawat berusaha mendapatkan gol penyamaan.
#Cristiano Ronaldo #EPL #Liga Perdana Inggeris #Manchester United
;