Ronaldinho dibebaskan
Astro Arena
Ogos 25, 2020 10:01 MYT
Ogos 25, 2020 10:01 MYT
BEKAS bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho, telah dilepaskan daripada tahanan di Paraguay setelah hampir lima bulan.
Ronaldinho dan abangnya, Roberto Assis, telah dipenjara Mac lalu selepas memasuki negara itu dengan menggunakan pasport palsu.
Mereka kemudian dipindahkan kepada tahanan rumah di hotel Paraguay April lalu selepas berada di dalam penjara selama 32 hari.
Ronaldinho, antara tonggak ketika Brazil bergelar juara dunia 2002, dan abangnya telah dilepaskan daripada tahanan rumah semalam.
Ronaldinho perlu membayar denda sebanyak ASD90,000, abangnya pula didenda ASD110,000, sementara syarat perjalanan dikenakan kepada kedua-duanya.
Bekas penyerang Barcelona, Paris Saint-Germain dan Milan itu telah memenangi 97 kaps untuk Brazil di antara 1999 dan 2013, menjaringkan 33 gol.
Ronaldinho turut memenangi Ballon d'Or pada 2005.