Romelu Lukaku antara lima pemain Belgium dilepaskan pulang

Astro Arena
November 17, 2024 08:30 MYT
Lukaku merupakan penjaring gol terbanyak Belgium dengan 85 gol dalam 120 penampilan. - Foto Instagram Belgian Red Devils
ROMELU Lukaku menyertai empat pemain lain untuk menarik diri daripada skuad Belgium ekoran kecederaan menjelang aksi terakhir Liga Negara-Negara UEFA berdepan Israel.
Belgium menghuni tangga ketiga dalam Kumpulan A2 berikutan kekalahan 1-0 kepada Itali dalam aksi terdahulu, keputusan yang menyaksikan harapan mereka melangkah ke suku akhir tahun depan berakhir.
Mereka bakal beraksi untuk mengelak daripada penyingkiran secara automatik apabila berdepan Israel di Hungary, dengan keputusan seri cukup buat The Red Devils.
Penyerang Napoli itu, juga penjaring gol terbanyak Belgium dengan 85 gol dalam 120 penampilan, menyertai Amadou Onana (Aston Villa), Romeo Lavia (Chelsea), Arthur Theate (Eintracht Frankfurt) dan Maxim De Cuyper (Club Brugge) yang menarik diri daripada skuad kebangsaan.
Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne, telah meminta untuk tidak disenaraikan dalam skuad Domenico Tedesco ketika masih lagi dalam proses untuk mendapatkan tahap kecergasan yang sepenuhnya.
Sebastiaan Bornauw, Koni De Winter, Jeremy Doku danYouri Tielemans turut tidak dapat menyertai skuad Tedesco ekoran masalah kecergasan.

Onana, Lukaku, De Cuyper, Lavia and Theate are not fit for the game against Israel and left the squad.

— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) November 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Belgium #Liga Negara-Negara UEFA #Romelu Lukaku #pemain tarik diri
;