Romel Morales sertai JDT
Astro Awani
Februari 20, 2024 06:45 MYT
Februari 20, 2024 06:45 MYT
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhinya menamatkan spekulasi mengenai laporan perpindahan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales apabila mengumumkan penyertaan bintang itu ke kelab berkenaan.
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu pada malam tadi mengesahkan Morales, sebagai pemain baharu mereka.
Dalam satu video pengenalan yang dimuat naik di laman Instagram Official Johor, Morales dilihat memakai jersi nombor 19, yang sebelum ini digunakan Akhyar Rashid.
Morales, 26, merupakan pemain kelahiran Colombia dan pernah mewakili PKNS FC, Melaka United dan Kuala Lumpur City.
Dia sah dijadikan pemain naturalisasi negara pada 19 Disember lalu dan membantu skuad kebangsaan mengikat Korea Selatan 3-3 dengan gol penyamaan dramatiknya dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia di Qatar bulan lalu. .