SKUAD Bawah 23 (B-23) tahun negara akan dirombak menjelang pertemuan kedua menentang Laos dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan AFF 2022 di Stadium Nasional Morodok Techno, Phnom Penh pada Isnin ini.
Menurut pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney, beliau akan melakukan pertukaran empat hingga lima pemain dalam misi memburu kemenangan ke atas Laos nanti.
Maloney mengakui terdapat kepincangan dalam skuad kendaliannya itu yang menyaksikan mereka tewas 1-2 kepada Laos dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Jumaat.
“Rombakan ini diharap dapat merealisasikan objektif sebenar skuad B-23 negara dengan memberikan pendedahan kepada seramai mungkin pemain.
“Secara keseluruhannya, kami perlu teruskan dengan matlamat asal iaitu memberikan pendedahan kepada seberapa ramai pemain untuk beraksi.
“Kami mahu menjadikan Kejuaraan AFF kali ini sebagai proses pembelajaran buat pemain, selain membantu membina keyakinan diri mereka,” katanya dalam sidang akhbar secara maya di Kemboja pada Sabtu.
BACA: Kejohanan AFF B-23: FAM sahkan tiga lagi pemain negara positif COVID-19
Skuad B-23 negara kini berdepan ujian getir dalam misi menjuarai Kumpulan B selepas tewas mengejut kepada Laos yang dianggap pasukan bukan pilihan pada edisi kali ini.
Bagaimanapun, mereka berpeluang membalas dendam kekalahan itu apabila sekali lagi bakal membuat perhitungan dengan Laos pada Isnin.
Pada Khamis, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memutuskan dua aksi dijalankan antara kedua-dua pasukan susulan penarikan diri Indonesia dan Myanmar.
Penarikan diri Indonesia dan Myanmar itu menyebabkan AFF membuat keputusan juara Kumpulan B hanya boleh ditentukan selepas Malaysia dan Laos beraksi dua perlawanan.
Mengulas kekalahan kepada Laos pada Jumaat, Maloney berkata, kegagalan anak-anak buahnya menterjemahkan peluang yang ada menjadi antara punca mereka terpaksa berputih mata.
“Para pemain juga seolah-olah seperti hilang punca pada separuh masa kedua sehingga memberi peluang kepada Laos untuk bangkit selepas ketinggalan pada babak pertama.
“Kami kehilangan arah pada separuh masa kedua, selain melakukan beberapa kesilapan mudah di kawasan berbahaya terutamanya apabila kami melepaskan gol kedua.
“Kekalahan ini pastinya memberi pengajaran bermakna buat pasukan. Kami tidak boleh lagi mengulangi kesilapan sama pada perlawanan kedua nanti,” jelasnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 19 2022
Skuad B-23 negara mengalami kekalahan mengejut kepada Laos dalam aksi pembukaan Kumpulan B Kejuaraan AFF 2022 di Stadium Prince pada Jumaat. -Facebook FAM
Penyamar pelbagai profesion tipu tawaran kerja juruterbang
Seorang lelaki yang dikatakan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menipu menyebabkan kerugian RM24,000 antara 2016 hingga 2018.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
microLEAP sedia solusi pembiayaan digital patuh syariah buat PMKS tempatan
microLEAP, sebuah platform pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) patuh Syariah dan konvensional, muncul sebagai penyelesaian alternatif kepada perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Malaysia.
Polis terima lima laporan 'pelancong' China bekerja di Semporna
Polis menerima lima laporan berkaitan ketidakpuasan hati mengenai warga China yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di Semporna.
Banjir besar landa utara Thailand
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.
Sembilan individu berkait GISB disambung reman
Mahkamah benarkan lanjutan reman selama satu dan dua hari terhadap sembilan individu termasuk isteri-isteri kepada pemimpin kanan GISB.
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
AWANI Ringkas: GISB: Penjaga rumah amal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
Baling dilanda banjir kilat, tujuh PPS dibuka
Hujan lebat berterusan semalaman menyebabkan tiga daerah di Baling dilanda banjir kilat sekali gus seramai 199 mangsa terpaksa dipindahkan untuk ditempatkan di tujuh PPS
FAM lepaskan Ketua Jurulatih B-23 Brad Maloney
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai kata putus bagi melepaskan khidmat Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada
Maloney tetap percaya dengan kemampuan pasukannya berdasarkan aksi yang dipamerkan di Hanoi sebelum ini.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.
Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah
Pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.
Maloney gembira kemenangan ke atas Laos cerahkan peluang skuad negara
Skuad Brad Maloney kini mendahului Kumpulan B dan mengutip enam mata.
Sukan SEA Hanoi: Maloney mahu skuad negara hadirkan aura positif bertemu Laos
Pertemuan menentang Laos hari ini menjadi peluang terbaik buat skuad muda negara menebus kehampaan.
Mukhairi percaya kemampuan Maloney, anggap Polking bukan masalah
Muhammad Mukhairi berkata fokus pasukan hanya tertumpu kepada usaha membentuk skuad terbaik.
Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lepas.