Romario kembali bermain bola sepak pada usia 58 tahun
Astro Arena
Mei 22, 2024 14:34 MYT
Mei 22, 2024 14:34 MYT
PEMENANG Piala Dunia 1994, Romario, mengambil keputusan mengejut selepas kembali dalam kancah bola sepak profesional selepas hampir dua dekad bersara.
Dia kembali bermain untuk kelab Brazil America dalam divisyen dua Liga Brazil bagi memenuhi permintaan ayahnya untuk melihat kelab itu kembali bersinar, selain untuk memenuhi impian bermain bola sepak bersama anaknya lelakinya, Romarinho.
Legenda yang berusia 58 tahun itu mempunyai rekod cemerlang dalam kariernya dengan berjaya merekodkan 775 jaringan gol dalam keseluruhan perlawanan.
"Saya cuba untuk memberikan bantuan kepada kelab yang saya cintai ini. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan.
"Ia adalah satu impian untuk bermain bola sepak bersama anak saya. Saya mahu bermain beberapa perlawanan dengan pasukan kesayangan saya dan mencapai impian bermain bola bersama anak saya," katanya.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro