Roger Federer umum tarik diri dari Kejohanan Terbuka Perancis

AFP
Mei 19, 2016 15:50 MYT
Pemain berusia 34 tahun dan pemain nombor tiga dunia itu dilanda masalah kecederaan lutut dan tulang belakang tahun ini. - Gambar fail
Jaguh tenis Switzerland Roger Federer mengumumkan menarik diri dari Kejohanan Terbuka Perancis akan datang selepas gagal untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan tulang belakang yang dialami.
Dengan keputusan itu, ia mengakhiri rekod penyertaan sebanyak 65 kali berturut-turut bagi juara Grand Slam sebanyak 17 kali itu.
“Saya dengan rasa kesal mengumumkan telah membuat keputusan untuk tidak akan beraksi pada Terbuka Perancis tahun ini,” kata juara 2009 yang dimuat naik di laman Facebooknya.
“Saya telah menunjukkan peningkatan dari segi kecergasan namun belum pulih sepenuhnya dan merasakan saya berkemungkinan mengambil risiko yang tidak sepatutnya dengan beraksi di kejohanan itu meskipun tidak bersedia.”
Pemain berusia 34 tahun dan pemain nombor tiga dunia itu dilanda masalah kecederaan lutut dan tulang belakang tahun ini.
Kali terakhir Federer terlepas beraksi pada kejohanan Grand Slam adalah pada tahun 1999, sewaktu Terbuka Amerika Syarikat.
#Roger Federer #tenis #Terbuka Perancis