Roger Federer sokong skuasy masuk Olimpik 2020
AFP
Februari 16, 2013 11:44 MYT
Februari 16, 2013 11:44 MYT
Roger Federer akan bersama-sama menyokong kempen untuk menjadikan sukan skuasy salah satu sukan yang dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik 2020 selepas bertemu pemain nombor satu Datuk Nicol David dalam Kejohanan Tenis Dunia Rotterdam.
Federer yang juga merupakan pemenang 17 Grand Slam dalam acara tenis, membuat pengesahan tersebut beberapa hari selepas Komuniti Antarabangsa Olimpik (IOC) mengumumkan yang acara gusti akan dikeluarkan dari Olimpik.
“Saya rasa skuasy layak untuk berada di Olimpik. Ia merupakan acara sukan yang menarik” kata Federer.
Tujuh kali menyandang gelaran juara dunia, Nicol adalah penyokong yang paling bersemangat untuk menjadikan sukan skuash disenaraipendekkan di dalam Olimpik 2020.
“Kenapa sukan skuasy layak diberikan peluang kerana ia dimainkan diseluruh dunia” kata Nicol.
“Ia adalah satu penghormatan bila Federer menyokong kempen ini. Ia bagaikan mimpi jadi kenyataan untuk sukan skuasy, ujar Nicol lagi.
Menurut Nicol, susulan kempen ini juga akan dibentangkan kepada IOC.