Robert Lewandowski menyamai rekod jaringan Gerd Muller
Astro Arena
Mei 15, 2021 22:18 MYT
Mei 15, 2021 22:18 MYT
BINTANG Bayern Munich, Robert Lewandowski menyamai rekod 40 gol Gerd Muller dalam musim Bundesliga semalam.
Muller, legenda Bayern, menjaringkan 40 gol sepanjang kempen 1971-72.
Namun, rekodnya kini bakal lebur setelah Lewandowski menyamakan kedudukannya, melengkapkan sepakan penalti ketika seri 2-2 di Freiburg.
Pemain kebangsaan Poland itu mendedahkan baju yang tertulis '4EVER GERD' dengan gambar Muller, sementara meraikan jaringan sementara menerima penghormatan daripada pemain Bayern.
Lewandowski hampir melintasi Muller namun terlepas peluang terhidang, dinafikan oleh Mark Flekken kemudian melakukan rembatan tepat ke penjaga gol.
Jaringan 40 gol Lewandowski terhasil daripada 28 perlawanan.
Lima daripadanya melalui tandukan, 31 menggunakan kaki kanan, dan empat dengan kaki kiri.
#Bayern Munich
#Robert Lewandowski
#Gerd Muller
#40 gol
#Bundesliga
#4EVER GERD
#Freiburg
#Mark Flekken