RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul

Astro Arena
Disember 6, 2024 16:52 MYT
Jika sebelum ini Jake Paul membawa pulang AS$40 juta sementara Tyson pula AS$20 juta, kini tawaran itu meningkat berpuluh kali ganda. - Foto Stadium Astro
WALAUPUN tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun nampaknya ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Beberapa hari ini tular Mike Tyson-Jake Paul ditawarkan oleh Arab Saudi untuk mengadakan perlawanan semula 'rematch' dengan perjanjian kontrak yang cukup lumayan.
Walaupun barangkali ramai peminat tinju melihat pertarungan dua jaguh ini yang mewakili dua era berbeza lebih kepada sekadar hiburan atau ubat kepada kerinduan terhadap aksi Mike Tyson, namun hakikatnya ia masih mampu menarik minat ramai pihak untuk menonton.
Jika sebelum ini Jake Paul membawa pulang AS$40 juta sementara Tyson pula AS$20 juta, kini tawaran itu meningkat berpuluh kali ganda.
Arab Saudi dilaporkan sanggup menawarkan bayaran bonus sehingga AS$700 juta atau RM3.1 bilion buat Mike Tyson.
Namun ia hadir dengan syarat Tyson perlu menewaskan Jake Paul dengan kemenangan secara 'knockout' dalam tempoh tiga minit.
Jumlah tersebut juga tidak termasuk komitmen bayaran kontrak sebenar yang mungkin lebih lumayan jika Tyson sanggup menyambut tawaran tersebut. -- Stadium Astro
#Mike Tyson #tumbangkan Jake Paul #tawaran lumayan #Arab Saudi
;