RM1500 menanti Pemain Terbaik Bulanan Liga M

Astro Arena
Februari 10, 2016 14:00 MYT
Musim lalu, pemain terbaik bulanan hanya meraih RM 500 berserta trofi sumbangan Asian.my dan MVP Sports Agency.
PEMAIN di Liga Malaysia bakal menerima habuan sebanyak RM1,500 sekiranya berjaya dinobat Pemain Terbaik Bulanan Liga Malaysia musim ini.
Anugerah yang dianjur Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) ini dilihat antara langkah untuk meningkatkan mutu bola sepak negara.
Musim lalu, pemain terbaik bulanan hanya meraih RM500 berserta trofi sumbangan Asian.my dan MVP Sports Agency.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail, seramai 2000 peminat mengudi setiap bulan menerusi laman www.pfam.my dan dijangka lebih ramai akan mengambil bahagian.
#Liga Malaysia #Pemain Terbaik Bulanan #Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia #PFAM #player of the month