Rio 2016: Phelps pertahan emas acara yang sama buat kali keempat

Astro Arena
Ogos 12, 2016 11:11 MYT
Phelps berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara tersebut untuk empat temasya Olimpik berturut-turut sejak Olimpik 2004. - Gambar fail
Michael Phelps merangkul pingat emas Olimpiknya yang ke-22 menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki ketika turun bersaing dengan Ryan Lochte untuk jauh meninggalkan pencabarnya itu.
Bintang sensasi Amerika Syarikat itu yang bertarung dengan rakan senegaranya Lochte, menamatkan perlumbaan dengan perbezaan dua saat sahaja.
Kemenangan itu menyaksikan Phelps berjaya untuk mempertahankan pingat emas dalam acara tersebut untuk empat temasya Olimpik berturut-turut sejak Olimpik 2004.
Kebiasaannya, Lochte akan menamatkan perlumbaan di belakang Phelps untuk memenangi pingat. Namun, berbeza kali ini, dia berada di kedudukan kelima selepas gagal menyerlah sewaktu di pusingan terakhir.
Perenang dari Jepun, Kosuke Hagino dan Wang Shun dari China, masing-masing berpuas hati dengan perak dan gangsa.
#acara renang #jaguh renang #Michael Phelps #pertahan emas #Rio 2016
;