Rio 2016: Penerjun China dilamar kekasih selepas menang pingat perak

Gempak
Ogos 15, 2016 18:00 MYT
Kisah romantik pasangan atlet ini mendapat perhatian dunia. - Gambar fail
Penerjun China, He Zi dilamar kekasihnya Qin Kai yang juga seorang atlet selepas selesai acara akhir tiga meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk di sini pada Ahad.

Zi,25 telah menerima sebentuk cincin berlian dan sekuntum mawar merah daripada Kai,30 ketika berada di podium dan itu mengejutkan semua penonton yang sedang menyaksikan acara penyampaian pingat kepada pemenang.

Portal berita Reuters melaporkan pasangan atlet tersebut dikatakan sudah bercinta selama enam tahun.

"Kami sudah bercinta selama enam tahun. Saya tidak tahu dia akan melamar pada hari ini dan tidak menyangka saya akan berkahwin secepat ini.

“Dia bercakap tentang banyak perkara ketika di podium. Dia membuat pelbagai janji. Namun apa yang menyentuh hati saya ialah dia seorang lelaki yang boleh saya percaya seumur hidup saya," katanya yang juga pemenang pingat perak dalam acara akhir tiga meter papan anjal wanita itu.

#He Zi #Olimpik #Pusat Akuatik Maria Lenk #Qin Kai #Rio 2016
;