Rio 2016: Pelari marathon Cordeiro menyalakan kawah Olimpik

Agensi
Ogos 6, 2016 11:32 MYT
Cordeiro terkenal apabila mengetuai marathon Olimpik 2004 di Athens sebelum kemenangan dirampas daripadanya apabila dia diserang oleh seorang penonton. - Foto AFP / Fabrice Coffrini
Pelari marathon Brazil Vanderlei Cordeiro menyalakan kawah api Olimpik pada Jumaat, menandakan permulaan temasya sukan tersebut.
Cordeiro terkenal apabila mengetuai marathon Olimpik 2004 di Athens sebelum kemenangan dirampas daripadanya apabila dia diserang oleh seorang penonton.
Beliau akhirnya memenangi pingat gangsa pada perlawanan itu.
Bintang tenis Gustavo Kuertem memulakan larian kawah api itu yang merupakan acara penutup tirai pada majlis perasmian gilang gemilang di Stadium Maracana itu.
Dia kemudiannya menyerahkannya kepada pemenang pingat perak bola keranjang Olimpik 1996, Hortencia Marcari, yang kemudiannya menyerahkannya kepada Cordeiro.

The #Rio2016 Olympic Cauldron is lit! Good luck to all the athletes! #Olympics pic.twitter.com/O7sfg4RjNG

— Olympics (@Olympics) August 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini legenda bola sepak Brazil, Pele, 75, menyatakan beliau tidak dapat menyalakan kawah api itu seperti yang diharapkan kerana mengalami masalah kesihatan.
Beliau yang pernah menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali disebut-sebut akan mengambil peranan itu yang sebelum ini pernah dilakukan bintang sukan dunia seperti Muhammad Ali dan Cathy Freeman.
#kawah Olimpik #Rio 2016 #Vanderlei Cordeiro
;