Rio 2016: Pandelela-Jun Hoong hadiahkan kilauan perak untuk negara
Astro Arena
Ogos 9, 2016 07:46 MYT
Ogos 9, 2016 07:46 MYT
Pusat Akuatik Maria Lenk menghadirkan khabar ceria buat negara apabila gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.
344.34 mata yang dikumpul Pandelela-Jun Hoong masih belum memadai untuk memintas peserta China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia apabila dipisahkan 9.66 mata.
Pemenang pingat emas itu mengumpul 354 mata, sementara gangsa menjadi milik gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Filion (336.18 mata)
Kejayaan itu mengatasi pencapaiannya di London 2012, apabila meraih gangsa dalam acara 10 meter platform.