Rio 2016: Lee Chong Wei layak ke pusingan suku akhir

Astro Awani
Ogos 14, 2016 22:00 MYT
Selaku juara kumpulan A, Chong Wei mendapat bye di pusingan kedua dan terus layak ke suku akhir. - Foto AFP
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan, apabila berjaya mara ke suku akhir acara badminton lelaki Sukan Olimpik Rio di Pavilion 4 Riocentro.
Jaguh negara ini yang juga pilihan pertama tidak berdepan masalah menewaskan Derek Wong dari Singapura 21-18, 21- 8.
Kemenangan itu menyaksikan Chong Wei mengekalkan rekod sempurna ke atas pemain di ranking ke-55 dunia berkenaan apabila memenangi semua lima pertemuan sebelum ini.
Selaku juara kumpulan A, Chong Wei mendapat bye di pusingan kedua dan terus layak ke suku akhir.
Dia akan berdepan sama ada Chou Tien Chen dari Taiwan atau Hu Yun dari Hong Kong yang akan membuat perhitungan di pusingan kedua.
#Derek Wong #Lee Chong Wei #Olimpik Rio #Rio 2016
;