Rempuhan stadium bola: Dua terkorban, puluhan cedera

Agensi
Januari 19, 2023 19:25 MYT
Setakat ini, dua dilaporkan terkorban dan lebih 80 mengalami kecederaan. - fotoREUTERS
BASRA: Sekurang-kurangnya, dua individu terkorban dan puluhan dikhuatiri tercedera dalam rempuhan di sebuah stadium bola di sini, pada Khamis.
Menteri Luar Iraq mengesahkan, individu yang dipercayai tercedera dalam tragedi berkenaan mengalami kecederaan kritikal.
Lebih 80 individu yang cedera parah dipercayai kritikal, lapor Agensi Berita Iraq.
Iraq merupakan negara penganjur pertama Piala Negara Teluk (Arabian Gulf Cup) selepas 40 tahun dan pasukan dari negara itu dijadualkan bertemu dengan pasukan dari Oman dalam perlawanan akhir, hari ini.
Piala Persekutuan Negara Teluk dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk sama ada menunda perlawanan atau memindahkan perlawanan ke negara lain, seandainya situasi tidak berubah, memetik Gabenor Basra, Assad Abdel Amir.
Rempuhan berkenaan dilaporkan berlaku berdekatan pagar utama lokasi berkenaan.
#rempuhan bola Iraq #Stadium di Basra #Piala Teluk Arab #Gabenor Basra Assad Abdel Amir
;