Rekod cemerlang 18 tahun ranking ATP Rafael Nadal lebur

Astro Arena
Mac 21, 2023 10:10 MYT
Ranking Nadal jatuh ke tangga ke-13 dalam ranking ATP selepas kecederaan memaksanya terlepas Kejohanan Indian Wells. - Foto fail/REUTERS
Rafael Nadal terkeluar daripada 10 ranking pemain terbaik dunia buat julung kalinya dalam tempoh hampir 18 tahun.
Nadal dalam kelompok 10 teratas sejak April 2005 tetapi semalam, rankingnya jatuh ke tangga ke-13 dalam ranking ATP selepas kecederaan memaksanya terlepas Kejohanan Indian Wells.
Rekod pemain berusia 36 tahun itu berakhir pada hari yang sama rakan senegaranya, Carlos Alcaraz, merampas semula ranking nombor satu daripada Novak Djokovic selepas menewaskan Daniil Medvedev dalam penentuan gelaran Indian Wells.

13 - For the first time since 2005, Rafael Nadal has fallen outside the top-10 of the ATP rankings; he is currently ranked 13 in the world. Alert. #ATP pic.twitter.com/JKDqOttqQ9

— OptaAce (@OptaAce) March 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nadal masih belum pulih daripada kecederaan pinggul yang menghalangnya daripada beraksi sejak tumpas kepada Mackenzie McDonald dalam Terbuka Australia, Januari lalu. - Stadium Astro
#Rafael Nadal #ranking ATP #kecederaan #Kejohanan Indian Wells
;