Rekod 100 meter Badrul Hisham tidak sah?

Astro Arena
Disember 28, 2015 07:15 MYT
Pelari sensasi, Badrul Hisham mencipta sejarah apabila memecah rekod kebangsaan 100m di kejohanan di Brunei itu menerusi catatan 10.29 saat. - Gambar fail
MUNGKINKAH pencapaian pelari pecut muda negara Badrul Hisham Abd Manap yang memecah rekod kebangsaan 100m dianggap tidak sah gara-gara penganjuran di Brunei tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF)?
Yang Dipertua Persatuan Olahraga Brunei Darussalam (BAA), Awang Kifli Jaafar meminta Malaysia membuat aduan rasmi mengenai dakwaan Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN pada bulan lalu yang tidak mengikut peraturan persekutuan tersebut.
Beberapa pihak mendakwa Brunei tidak mengikut spesifikasi ditetapkan IAAF ketika menganjurkan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN.
Antaranya mengenai alat pengukur angin yang tidak berada di garisan 50m selain bukti 'photofinish'.
Kedua-dua aspek itu wajib ada untuk dapat pengiktirafan IAAF.
BACA: Remaja 18 tahun lebur rekod Watson Nyambek
BACA: 10 perkara tentang pelari pecut muda, Badrul Hisyam anda perlu tahu
BACA: Kerjaya pelari pecut bermula dengan menangkap ayam
Namun, Brunei minta aduan rasmi dibuat terlebih dulu sebelum sebarang siasatan dijalankan
"Saya sudah berbincang dengan jawatankuasa dan selagi tidak ada surat hitam putih mengenai perkara-perkara ini maka kita tidak boleh ambil sebarang tindakan," kata Awang.
Pelari sensasi, Badrul Hisham mencipta sejarah apabila memecah rekod kebangsaan 100m di kejohanan itu menerusi catatan 10.29 saat, sekali gus memadamkan rekod terdahulu milik Watson Nyambek yang mencatat masa 10.30 saat.
FOTO: Badrul Hisham pecah rekod Watson Nyambek larian 100 meter
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih menunggu bukti rekod itu dipecahkan namun gagal dapat maklum balas daripada Brunei.
Catatan 10.29 saat itu bukan sahaja memecah rekod 17 taun milik Watson tetapi memberi sinar terhada masa depan arena pelari pecut negara.
#Badrul Hisham Abd Manap #Brunei #IAAF #rekod 100m #tidak sah #Watson Nyambek
;