Regu badminton negara terus mara di Kejohanan Dunia

Astro Arena
April 15, 2014 16:56 MYT
Pemain bergu remaja negara, Ng Di Hua (kanan) dan Chua Khek Wei (belakang) ketika beraksi menentang lawan dari Australia pada 7 April lalu. -- fotoBERNAMA
Beregu lelaki negara, Chua Khek Wei dan Ng Di Hua mengesahkan tempat kepusingan ketiga setelah tampil cemerlang menumpaskan lawan dari Bulgaria di Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2014 di Alor Setar.
Bertemu Daniel Lache-Zrov Nikolov dan Valdimir Shishkov tampak bukanlah halangan besar buat Khek Wei dan Di Hua.
Pasangan ini hanya memerlukan 11 minit untuk meraih kemenangan set pertama 21-14.
Permainan selepas itu sekali lagi dikuasai Khek Wei dan Di Hua sebelum menamatkannya dengan kemenangan 21-14.
Satu lagi pasangan lelaki negara, Tan Jinn Hwa dan Goh Sze Fei turut hampiri misi ke suku akhir setelah merekodkan kemenangan.
Mereka mengatasi gandingan Filipina, Joaquin Raphael Deato dan Vincent Rafel Manuel, 21-11 dan 21-12.
Terdahulu sebelum itu, pemain perseorangan wanita, Lee Ying Ying menepati sasaran apabila melangkah ke pusingan ketiga, menewaskan Airah Mae Nicole Albo dari Filipina.
Ying Ying menang 21-14 dan 21-6.
#Chua Khek Wei #Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2014 #Ng Di Hua
;