KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjangkakan, lebih ramai atlet akan menyertai 12 atlet negara yang telah pun melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, pada Julai depan.
Keyakinan itu dilontarkan, susulan seramai 23 atlet di bawah Program Road To Tokyo (RTT) 2020, kini dalam usaha memburu slot di temasya tersebut menerusi proses kelayakan, yang masih berlangsung sehingga Jun.
"Sebagai contoh dalam sukan badminton Lee Zii Jia sudah dapat (slot ke Olimpik), tetapi saya tidak masukkan dalam senarai 12 atlet lagi, kerana proses kelayakannya masih lagi terbuka.
"Boleh kata semua ada peluang layak, melainkan satu iaitu sukan terjun kerana proses kelayakannya ditangguh dan masih lagi menanti status satu lagi kejohanan kelayakan yang akan diadakan," katanya pada sidang media majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Tokyo 2020 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini, pada Rabu.
Menyentuh mengenai sukan terjun, Reezal Merican berkata sekiranya medan kelayakan terakhir itu dibatalkan, ia bukan sahaja menjejaskan peluang penerjun negara, malah dari seluruh dunia termasuk China yang merupakan kuasa besar sukan itu.
"Jadi saya tidak mahu maklumkan secara pra matang (jumlah atlet), sebab masih lagi ada ruang sehingga bulan Jun," jelasnya.
Sehingga kini, Malaysia telah mengesahkan penyertaan ke temasya Sukan Olimpik Tokyo dalam sukan terjun, pelayaran, berbasikal trek, memanah dan gimnastik artistik.
Antara 12 atlet yang sudah pun layak adalah Khairul Anuar Mohamad (memanah); Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek); Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee (terjun).
Selain itu Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik) dan empat atlet pelayaran - Khairulnizam Mohd Afendy, Nur Shazrin Mohd Latif, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali.
Seramai 32 atlet, terdiri daripada 17 lelaki dan 15 wanita, mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janiero, Brazil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 14 2021

REEZAL MERICAN: Boleh kata semua ada peluang layak, melainkan satu iaitu sukan terjun kerana proses kelayakannya ditangguh. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."

Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas

Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.

Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.

"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.

Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.

RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.

Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.

Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.

Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.