Reezal Merican hargai peluang terajui KBS

Astro Arena
Ogos 16, 2021 04:29 MYT
Reezal juga sepatutnya mengumumkan satu program baru menggantikan Road to Tokyo menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, namun hasrat itu tidak kesampaian. - Gambar fail
DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican menghargai peluang menerajui Kementerian Belia dan Sukan selama 17 bulan dan mengucapkan terima kasih kepada warga sukan.
Kabinet mempersembahkan peletakan jawatan kepada Yang di-pertuan Agong yang menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Caretaker kerajaan Malaysia.
Keputusan itu bermakna, Reezal, menteri kedua menerajui KBS untuk tempoh paling pendek selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sepanjang 17 bulan berkhidmat, Reezal memperkasakan Program Podium dalam misi memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo dengan memberi keutamaan terhadap kem latihan atlet Road to Tokyo.
KBS berjaya meyakinkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mewujudkan program latihan berpusat di semua venue latihan Majlis Sukan Negara (MSN) sejak tahun lalu.
Akhirnya, Malaysia membawa pulang satu perak satu gangsa menerusi Sukan Olimpik Tokyo.
BACA: Tokyo 2020: "Perak untuk Malaysia, terima kasih Jijoe!" - Reezal Merican
Sumber Facebook reezal.merican041
Reezal juga sepatutnya mengumumkan satu program baru menggantikan Road to Tokyo menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Namun hasrat itu tidak kesampaian, begitu juga dengan cabaran kontinjen Paralimpik Tokyo, bermula 24 Ogos ini.
Apa yang pasti, cabaran akan tetap diteruskan dengan misi buru tiga pingat emas.
#KBS #Kementerian Belia dan Sukan #Majlis Sukan Negara #Reezal Merican Naina Merican #Yang di-Pertuan Agong #Sukan Olimpik Tokyo #kabinet #letak jawatan #Muhyiddin Yassin #program baru #Road to Tokyo #Sukan Olimpik Paris 2024 #program podium
;