Reebok One Challenge: Atlet kebangsaan ceriakan kem pelari tempatan
Astro Awani
September 22, 2013 14:50 MYT
September 22, 2013 14:50 MYT
Atlet kebangsaan Noor Amelia Musa menceriakan kem pelari tempatan apabila menjuarai kategori wanita manakala pelari veteran dari Kenya, Charles Kimingi Thaiya menjuarai kategori lelaki dalam Reebok One Challenge, yang diadakan di Putrajaya hari ini.
Reebok One Challenge ialah sebuah acara di mana peserta melalui pelbagai halangan sebelum sampai ke garisan penamat di hadapan Istana Kehakiman. Perlumbaan meliputi jarak sejauh 18.95 kilometer.
Thaiya yang berusia 41 tahun memberitahu, ia bukan kali pertama dia berlumba di Malaysia.
Sementara itu Amelia menganggap acara yang paling sukar adalah bergayut pada monkey bar. Amelia selepas ini akan menyertai larian Jambatan Terengganu dan cuba melayakkan diri ke Sukan SEA bagi acara 1,000 dan 5,000 meter dalam satu kelayakan bulan hadapan.
Lebih 2,000 peserta tempatan dan luar negara termasuk Filipina, Thailand dan Singapura mengambil bahagian dalam perlumbaan ini.
Pemenang membawa wang tunai RM1,500 dan lebih RM29,000 barangan daripada penaja.
Berikut senarai pemenang:
Kategori Lelaki Terbuka
1. Charles Kimingi Thaiya
2. Mr. Nattawut Innum
3. Mohamad Affindi bin Nudin
4. Lim Shimri
5. Shahrom Abdullah
Kategori Wanita Terbuka
1. Noor Amelia binti Musa
2. Miss Suwaree Deenak
3. Kimbellet Yap Fui Li
4. Azlinawati Husain
5. Jessica Tang Mei Lee