Red Warriors perlu menang tanpa tekanan
Astro Awani
Februari 18, 2013 07:51 MYT
Februari 18, 2013 07:51 MYT
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak enggan terlalu meletakkan tekanan kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan dengan pasukan jiran, Terengganu malam ini.
Namun pengendali itu mengharapkan tiga mata penuh dapat diraih daripada aksi itu nanti.
Menurut Hodak, satu kemenangan dalam enam perlawanan bukanlah pencapaian yang menggembirakan. Apatah lagi pasukannya kehilangan terlalu banyak mata pada permulaan liga.
Faktor itu secara tidak langsung memberikan tekanan kepada pemain the red warriors bagi memastikan setiap perlawanan diakhiri dengan kemenangan.
Tambah Hodak lagi, pertemuan dengan Terengganu perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Kehilangan perancang skuad peteh Ismail Faruqi yang dilayangkan kad merah pada pertemuan dengan perak juga perlu digunakan sebaik mungkin.
“Maybe we are lucky, Ismail Faruqi is not playing, he is a good player. So overall they have few young boys like Zubir but this is local rivals so this game everybody want to win. We're playing at home. At home we never lose more than a year and we are favorite so need to go out and win the game.
(Mungkin kami bertuah, Ismail Faruqi tidak main, dia pemain yang baik. Mereka ada beberapa budak seperti Zubir tetapi ini pesaing tempatan jadi semua nak menang. Kami main sebagai tuan rumah dan tidak pernah kalah dalam satu tahun. Jadi kami pasukan pilihan dan kami perlu keluar dan menang)"
Sementara itu, kapten Kelantan Badri Radzi turut mengakui moral pemain sedikit terjejas susulan kekalahan kepada Selangor, Jumaat lalu.
Lantas pemain tengah itu berharap kemenangan di laman sendiri dapat membangkitkan semangat rakan sepasukan.