The Red Giants sedia gempur di Stadium Shah Alam

Astro Arena
Disember 8, 2015 14:23 MYT
Sejarah perlawanan akhir Piala Malaysia 2008 akan berulang apabila menyaksikan Selangor berdepan Kedah Sabtu ini.
PENGENDALI Selangor, Mehmet Durakovic akan memastikan pemain berada di tahap yang optimum menjelang pertemuan perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 berdepan Kedah, Sabtu ini.
Sejarah perlawanan akhir Piala Malaysia 2008 akan berulang apabila menyaksikan Selangor berdepan Kedah, kekalahan 3-2 akan menjadi penyuntik semangat buat The Red Giants, apatah lagi akan beraksi di laman sendiri.
Mehmet Durakovic melahirkan rasa gembira buat setiap pihak yang terlibat untuk memastikan pasukan kendalian mara ke final.
"Saya mengucapkan tahniah buat para pemain, jurulatih, dan staf lain yang memainkan peranan penting untuk Selangor mara ke final, mereka berhak menerima kejayaan ini di atas usaha mereka," ujar Mehmet.
Dalam kegembiraan buat para pemain meraikan kejayaan mereka untuk mara ke final, bekas pemain skuad kebangsaan Australia juga menyarankan bahawa mereka perlu kembali fokus dalam sesi latihan menjelang pertemuan dengan skuad Lang Merah itu nanti.
"Kedah sememangnya pasukan yang digeruni dalam cabaran Piala Malaysia kali ini, mereka memiliki pemain yang berpengalaman dan pemain import juga berjaya menghasilkan aksi yang cemerlang untuk musim ini.
Mehmet yang telah memenangi Piala Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997 ketika beraksi dengan Selangor sebagai pemain turut mengimpi kejayaan sebagai pengendali pasukan tersebut.
"Saya akan menyediakan pemain sebaik mungkin, dan akan memastikan mereka di tahap yang terbaik untuk perlawanan akhir kali ini.
#Kedah #mehmet durakovic #perlawanan akhir #Piala Malaysia #Red Giants #Selangor
;