Real Madrid tanpa Ronaldo menentang Eibar

Astro Arena
Mac 4, 2017 12:45 MYT
Ronaldo (kanan) terlepas sesi latihan semalam ekoran mengalami masalah otot. - Reuters
REAL MADRID perlu berdepan Eibar dalam aksi LaLiga hari ini tanpa khidmat pemain bintang, Cristiano Ronaldo.
Pemain antarabangsa Portugal itu terlepas sesi latihan semalam ekoran mengalami masalah otot, selain pengendali, Zinedine Zidane, memilih untuk mengetepikan pemain itu dalam aksi minggu ini.
Ronaldo bersendirian memastikan Real Madrid pulang dengan satu mata berdepan Las Palmas, Rabu lalu, apabila meledak dua gol dalam tempoh lima minit terakhir untuk membantu pasukannya melakar keputusan seri 3-3.
Penyerang berusia 32 tahun itu telah meledak 18 gol dalam 20 penampilan LaLiga musim ini.
Ia masih belum pasti jika Ronaldo akan beraksi berdepan Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara minggu hadapan, dengan Real perlu mempertahankan keputusan 3-1 di Stadio San Paolo.
Ketiadaan Ronaldo memeningkan Zidane yang juga kehilangan Gareth Bale dan Alvaro Morata yang sedang menjalani penggantungan.
#cristiano ronalso #Eibar #kecederaan otot #Real Madrid #Zinedine Zidane
;