Razman kapten, Thiago tekad buru gol

Astro Arena
Julai 23, 2015 13:20 MYT
Razman dipilih kerana miliki pengalaman luas disamping ketiadaan pemain senior lain seperti Safiq Rahim dan Safee Sali yang tidak dipanggil.
Pemain pertahanan Razman Roslan dan Thiago Junior berdepan cabaran berbeza apabila turun mewakili pasukan Pilihan Malaysia berdepan Liverpool.
Pengendali Dollah Salleh telah memberi kepercayaan kepada Razman Roslan untuk memikul tugas selaku kapten Pilihan Malaysia.
Razman dipilih kerana miliki pengalaman luas disamping ketiadaan pemain senior lain seperti Safiq Rahim dan Safee Sali yang tidak dipanggil.
Walaupun Liverpool ternyata mempunyai kelebihan disamping kelihatan lebih bersedia namun Dollah optimis dengan bantuan pemain import, Pilihan Malaysia akan turun dengan misi mahu menang.
Pertahanan Perak, Thiago Junior tekad mengulangi kejayaan meledak gol sepertimana dilakukanya ketika berdepan Tottenham Hotspur.
Dia yang merupakn bekas pemain bawah 17 tahun Brazil itu optimis mampu melaksanakannya berdasarkan pengalaman yang telah digalas sebelum ini.
Selain Thiago terdapat tiga lagi import yang akan sertai Pilihan Malaysia, iaitu Patrick Ronaldinho (PKNS FC), Zah Rahan (Felda United), dan Vincent Bikana (Terengganu).
#Dollah Salleh #Razman Roslan #Thiago Junior
;