Razip panas hati dengan Pacheco dan Volas

Astro Arena
Mac 31, 2016 10:00 MYT
Razip melihat kedua-dua pemain itu gagal memberikan sumbangan yang berkesan sekaligus menyumbang kepada kekalahan tersebut. - Gambar fail
PENGENDALI baru Pahang FC Razip Ismail berang dengan aksi ditampilkan dua importnya German Pacheco dan Dalibor Volas ketika tewas kepada DRB Hicom 2-1 dalam aksi persahabatan pada Selasa.
Razip melihat kedua pemain itu gagal memberikan sumbangan yang berkesan sekaligus menyumbang kepada kekalahan tersebut.
"Pemain tempatan yang lebih menyerlah," katanya yang dipetik dari laporan media tempatan.
Pada masa sama, Razip akui kecewa dengan prestasi keseluruhan pasukan terutama ketika di babak pertama dimana pemain sering hilang tumpuan.
Keadaan itu jelas menimbulkan kerisauan kepada Razip sebaik aksi Liga Super bersambung semula minggu depan.
#Pahang #Piala FA #Razip Ismail #Sime Darby #Tok Gajah