Razip bimbang momentum anak buah

Astro Arena
Julai 24, 2015 12:29 MYT
Namun kerisauan Razip relevan kerana pemainnya telah berehat hampir dua bulan setengah sekaligus mampu menggugat momentum sedia ada.
Jurulatih bawah 22 tahun bola sepak negara Razip Ismail akui bimbang anak buahnya tidak mampu meneruskan momentum baik mereka menjelang baki perlawanan Liga Singapura.
Anak buah Razip Ismail mula mempamerkan peningkatan apabila tidak kalah dalam 4 perlawanan terakhir.
Namun kerisauan Razip relevan kerana pemainnya telah berehat hampir dua bulan setengah sekaligus mampu menggugat momentum sedia ada.
Tambahan pula, latihan skuad B22 negara turut terencat kerana bilangan pemain tidak mencukupi.
"Pemain saya perlu masa untuk kembali temui prestasi asal namun saya akui ia mungkin agak sukar," katanya.
Disamping itu, Razip turut meluahkan sasaran untuk menduduki pertengahan liga mungkin sukar.
"Selepas ini kami akan berdepan tiga perlawanan dalam jurang 8 hari semestinya ia satu cabaran namun saya harap pemain mampu melahirkan keputusan yang baik," katanya.
#Liga Singapura #Razip Ismail