KUALA LUMPUR: Jaguh 110 meter lari berpagar negara Rayzam Shah Wan Sofian bertekad untuk membalas dendam terhadap igauan buruk dialaminya di Sukan SEA 2019 di Filipina, dengan menghadirkan kilauan emas pada aksi di Hanoi, Vietnam, bulan depan.
Pelari dari Sabah berusia 34 tahun itu yang telah membuat kemunculan enam kali di Sukan SEA, berazam untuk tampil lebih bertenaga bagi memastikan pingat emas kembali menjadi miliknya di Hanoi, yang berkemungkinan besar menjadi penampilan terakhirnya dalam temasya dwitahunan itu.
"Mungkin ini yang terakhir, kalau boleh saya mahu lebih berjaya dan balas dendam (peristiwa Sukan SEA 2019).
"Saya mahu buat yang terbaik untuk rampas kembali emas dimenangi pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi lawatan dan perjumpaan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad bersama atlet serta jurulatih e-sukan dan olahraga di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, semalam.
Kontroversi di Sukan Sea Filipina kira-kira tiga tahun lepas, menyaksikan Rayzam Shah dan atlet naturalisasi tuan rumah Clinton Kingsley Bautista mencatat masa yang sama iaitu 13.97 saat dalam acara tersebut, namun pihak teknikal pertandingan memberikan kemenangan kepada Clinton berdasarkan 'photo finish' sekali gus membuatkan atlet negara itu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Dalam pada itu, Rayzam Shah berkata beliau yang percaya akan menjadi atlet paling senior dalam acara itu di Hanoi, tetap berwaspada dengan kemunculan beberapa atlet muda antaranya dari Filipina, Singapura dan Indonesia yang dijangka boleh menggugat impiannya meraih emas.
Sementara itu, Ketua Jurulatih olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata keinginan Rayzam Shah merampas emas sangat tinggi dan mengagumi kesungguhan dilakukan atlet itu menjelang Sukan SEA Hanoi yang berbaki kira-kira lima minggu lagi.
Mohd Manshahar menjelaskan Rayzam Shah sanggup meninggalkan pusat latihannya di Sabah untuk berlatih di MSN Bukit Jalil lebih awal bagi persiapan terakhir sebelum bertanding di temasya itu.
Selain emas pada edisi 2017, Rayzam Shah sebelum itu mencipta kejutan apabila merangkul emas pada penampilan pertama di pentas Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand, selain pernah meraih tiga lagi pingat perak bagi edisi 2011, 2013 dan 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022
Rayzam Shah berazam mahu menebus kembali kekecewaannya di Sukan SEA edisi FIlipina. - Gambar fail
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.