Rayuan visa ditolak, Djokovic berlepas dari Australia

Astro Awani
Januari 16, 2022 05:24 MYT
Novak Djokovic kelihatan di Lapangan Terbang Melbourne, 16 Jan 2022, sebelum menaiki pesawat selepas mahkamah membuat keputusan membatalkan visanya untuk bermain dalam Terbuka Australia. REUTERS
NOVAK Djokovic terlepas talian hayatnya untuk memburu gelaran Grand Slam ke-21 di Terbuka Australia selepas dihantar pulang pada Ahad.
Sebuah pesawat yang membawa bintang tenis nombor satu dunia itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne selepas mahkamah membatalkan visanya.
Pemain tenis Serbia berusia 34 tahun itu sebelum ini meluahkan rasa amat kecewa dengan keputusan mahkamah, namun tetap menghormatinya.
Pasukan undang-undang Djokovic melabel usaha Australia untuk menghantar pulang pemain itu sebagai tidak munasabah.
Menteri Imigresen Alex Hawke berkata, pendirian Djokovic mungkin menyemarakkan lagi sentimen antivaksin sehingga membuatkan aktivis antivaksin berhimpun untuk melakukan protes.
Djokovic dilaporkan berlepas pada jam 10.30 malam waktu tempatan menuju ke Dubai, destinasi sama sebelum dia berlepas ke Australia.
Bintang Tenis | Pesawat Djokovic berlepas dari Australia
#Novak Djokovic #antivaksin #Terbuka Australia #rayuan visa ditolak
;