Rasuah sukan semakin menular

Astro Awani
Februari 12, 2013 14:39 MYT
Gejala rasuah dan mengatur keputusan perlawanan semakin menular dalam arena sukan antarabangsa.
Di Britain, wujudnya satu kumpulan yang memantau aktiviti pertaruhan dalam usaha memerangi gejala tidak bermoral itu.
Kumpulan Sportradar yang berpangkalan di London ini menggunakan kaedah tertentu bagi memantau aktiviti pertaruhan membabitkan keputusan sukan.
Mereka turut diberi kepercayaan beberapa persatuan utama termasuklah Uefa, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan Persatuan Bola Sepak Jermam (DFB) untuk tujuan pemantauan.
Menurut pengarah integritinya, Darren Small kumpulan itu berjaya membawa perubahan di Itali yang sebelum ini dihimpit dengan skandal mengatur perlawanan bola sepak.
Darren berkata,“Italy adalah contoh yang baik untuk kita, Liga Pro terutamanya. Apabila kita mula-mula bertemu dengan Liga Pro mereka mempunyai masalah , mereka akan mengakui diri mereka sendiri selama bertahun-tahun bahawa kami telah mengembangkan hubungan kita, kita telah melihat penurunan dalam bilangan permainan yang telah dianggap sebagai mencurigakan. Jadi kami sangat gembira dengan kajian kes untuk apa yang kita lihat. "
Kami lihat pengurangan jumlah perlawanan yang meragukan, sehingga tahun lalu, kami tidak mengesan apa-apa. Kami amat gembira kerana ia merupakan satu contoh terbaik buat kami.
Minggu lalu, organisasi polis kesatuan Eropah, Europol mendedahkan 680 perlawanan rantau berkenaan disyaki telah diatur keputusannya.
Satu sindiket jenayah terancang di Singapura dilaporkan menjadi dalang aktiviti itu.
#Darren Small #DFB #gejala rasuah #ITF
;