Rasuah: Blatter dan Platini digantung 8 tahun
Astro Arena
Disember 21, 2015 20:00 MYT
Disember 21, 2015 20:00 MYT
PRESIDEN FIFA, Sepp Blatter dan Presiden UEFA Michel Platini dijatuhkan hukuman penggantungan 8 tahun dalam semua aktiviti berkaitan bola sepak selepas mereka didapati bersalah dalam kes rasuah berskala mega.
Blatter dan Platini didapati bersalah selepas menerima suapan sebanyak GBP 1.3 juta (RM8.32 juta ) pada 2011 lalu.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah, namun hukuman tetap dijatuhkan.
Blatter yang menjadi Presiden FIFA sejak tahun 1978 lalu sebelum ini sudahpun mengumumkan untuk tidak bertanding merebut jawatan presiden dalam pemilihan Februari depan.
Platini pula sebelum ini dicanang sebagai calon paling layak untuk bertanding merebut kerusi presiden FIFA .
Selain itu, blatter juga dikenakan denda sebanyak GBP 33,700 dan platini didenda GBP 54,000.