Rashid Sidek tarik balik perletakan jawatan

Astro Awani
September 30, 2013 18:52 MYT
Jaguh badminton negara, Rashid Sidek sekali lagi membuat kejutan apabila membuat pusingan u dengan menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai jurulatih peseorangan badminton negara.
Bekas jaguh perseorangan negara itu akan kembali bertugas di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 Oktober ini.
Keputusan Rashid itu diumumkan pengurus besar BAM Kenny Goh menerusi siaran media, pada Isnin.
Badan induk badminton negara itu juga bersetuju dengan keputusan bekas pemain kebangsaan itu dan sekaligus Rashid akan terlibat dalam struktur kejurulatih baru BAM.
Difahamkan, keputusan Rashid itu didorong nasihat daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Khairy mahu Rashid mempertimbangkan semula keputusannya sebelum ini dan terus kembali semula menabur bakti kepada negara./
Rashid sebelum ini meletak jawatan pada 19 september lalu kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pengurusan baru BAM./
#BAM #Khairy Jamaluddin #letak jawatan #rashid sidek
;