Rashford, Sancho selamatkan maruah Red Devils di Old Trafford

Astro Arena
Februari 8, 2023 07:30 MYT
Aksi Sancho (kiri) dan Rashford meraikan gol kedua pasukan mereka ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Leeds United di Old Trafford, Manchester, England, 8 Feb 2023. (Foto AP)
JADON Sancho dan Marcus Rashford menyelamatkan Manchester United untuk seri 2-2 dengan Leeds United di Old Trafford, menafikan kemenangan pelawat yang hadir tanpa pengurus pasukan ekoran kebangkitan tuan rumah.
United mengetahui kemenangan bakal menyaksikan mereka berkongsi mata dengan penghuni tangga kedua liga, Manchester City, namun Wilfried Gnonto mengejutkan The Red Devils dengan meledak gol pada minit pertama.
Jaringan gol sendiri Raphael Varane menyukarkan lagi tugas United, bagaimanapun Rashford menghidupkan peluang mereka apabila menyempurnakan hantaran lintang Diogo Dalot dengan tandukan menewaskan penjaga gol Leeds, Illan Meslier.
Sancho -- yang baru-baru ini kembali ke pangkuan selepas diketepikan -- menyamakan kedudukan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, sebelum United gagal mencipta kemenangan selepas deretan peluang dalam masa kecederaan.

6 - Marcus Rashford is the first Manchester United player to score in six consecutive appearances at Old Trafford in the Premier League since Wayne Rooney in April 2012. Guarantee. pic.twitter.com/VRcX7a1CsW

— OptaJoe (@OptaJoe) February 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Leeds United #EPL #Marcus Rashford
;