RapidKL lanjut perkhidmatan Stesen LRT Bukit Jalil sempena perlawanan Malaysia menentang Indonesia
Afiq Ariffin
November 18, 2019 12:15 MYT
November 18, 2019 12:15 MYT
Pengendali Sistem Rel Transit, Rapid Rail Sdn Bhd akan melanjutkan waktu perkhidmatan di Stesen LRT Bukit Jalil pada 19 November 2019 (Selasa), sehingga jam 1.00 pagi sempena perlawanan di antara pasukan Malaysia dan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Bagaimanapun, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.
Sebanyak tiga laluan bas Rapid KL akan dilanjutkan perkhidmatan dimana bas terakhir akan berlepas pada jam 1pagi.
Antara laluan yang dilanjutkan adalah seperti berikut;
Untuk mengelak dari kesesakan di jalan raya, Rapid KL menyarankan warga kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke stadium pada hari tersebut.
Malah, pengguna juga disarankan menggunakan kad Touch ‘n Go atau beli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan yang lebih lancar.
Selain itu, para pengguna perkhidmatan awam pada malam tersebut juga dinasihatkan untuk menjaga keselamatan masing-masing, dan sila berhubung dengan petugas stesen sekiranya memerlukan bantuan.
Bagi mereka yang ingin memandu pada malam perlawanan itu nanti, mereka boleh meletakkan kenderaan mereka di stesen-stesen LRT berdekatan dengan stadium yang menyediakan perkhidmatan parkir, antaranya Stesen LRT Muhibbah, Stesen LRT Awan Besar serta Stesen LRT Sri Petaling.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL.