Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia
Sinar Harian
April 4, 2024 18:19 MYT
April 4, 2024 18:19 MYT
HARIMAU Malaya terpaksa menelan keperitan apabila ranking jatuh merudum menerusi kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.
Skuad negara jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 138 dunia.
Harimau Malaya tewas dua kali kepada Oman dalam aksi saingan kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat dan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu mengumpul 1,095 mata selain terpaksa berpuas hati untuk berada pada kedudukan keempat berbanding kedudukan ketiga dalam ASEAN.
Ia menyaksikan kedudukan ranking pasukan negara terus mengalami kejatuhan selepas turut turun dua anak tangga pada Februari lalu susulan aksi mengecewakan di Piala Asia Qatar baru-baru ini.
Indonesia pula berjaya memintas Malaysia selepas lima tahun apabila memungut 1,102.7 mata untuk berada pada kedudukan ke-134 dunia.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian