Ranking FIFA: Harimau Malaya lonjak kedudukan terkini, pintas Indonesia

Astro Arena
Jun 7, 2024 04:32 MYT
Peningkatan itu menyaksikan Malaysia berjaya memintas kedudukan Indonesia (136), Latvia (137), dan Lithuania (138). - Foto FAM
SKUAD bimbingan Kim Pan-gon berjaya mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan, malam tadi.
Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1 itu menyaksikan Malaysia yang sebelum ini mengumpul 1094.54 mata berjaya memperoleh +2.81 mata tambahan, sekaligus menyaksikan lonjakan kedudukan daripada posisi 138 ke 135 dalam ranking FIFA.
Untuk rekod, seandainya Malaysia berjaya memperoleh kemenangan ke atas Kyrgyzstan, penambahan mata sebanyak +15.31 akan diperoleh. Namun, sekiranya tewas penolakan mata ranking adalah sebanyak -9.69.
Peningkatan itu menyaksikan Malaysia berjaya memintas kedudukan Indonesia (136), Latvia (137), dan Lithuania (138). Kemas kini seterusnya akan diketahui selepas perlawanan terakhir kumpulan yang akan berlangsung pada 11 Jun 2024.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#harimau Malaya #ranking FIFA #pintas Indonesia #Kyrgyzstan