Ranking FIFA Harimau Malaya jatuh lagi
Ian Johan Ariff
November 23, 2017 19:08 MYT
November 23, 2017 19:08 MYT
RANKING Harimau Malaya dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) jatuh sebanyak empat anak tangga dari kedudukan 170 pada bulan lalu ke 174 dunia bulan ini.
Kekalahan dua perlawanan pada bulan ini antara penyumbang kepada kemerosotan ranking skuad Harimau Malaya pada November.
Bulan ini Malaysia kalah dengan jaringan 4-1 sebanyak dua kali kepada Korea Utara dalam kelayakan Piala Asia 2019.
Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-161 pada Januari 2017 belum mencatat sebarang kemenangan tahun ini yang boleh menyumbang kepada ranking FIFA.
Bulan lepas skuad kendalian Nelo Vingada tewas 2-0 di tangan Hong Kong, juga pada aksi kelayakan Piala Asia 2019.
Kali terakhir Malaysia melakar kemenangan adalah ketika menewaskan Kemboja 3-2 pada November tahun lalu di Piala AFF.
Kedudukan Malaysia juga di belakang negara-negara Asia Tenggara lain seperti Kemboja (170), Singapura (170), Indonesia (154), Myanmar (150), Thailand (132), Vietnam (125) dan Filipina (118).
Hanya Laos (184) dan Brunei (190) berada di ranking bawah Harimau Malaya.
#Asia Tenggara
#Brunei
#FIFA
#Filipina
#harimau Malaya
#Indonesia
#Kemboja
#Korea Utara
#laos
#Myanmar
#Nelo Vingada
#Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
#Piala Asia 2019
#ranking
#Singapura
#Thailand
#Vietnam